Saturday, 21 September 2013

Organisasi dan Pentadbiran Pusat Sumber (MPT 1233)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Pada semester pertama di UTM ini saya telah mendaftar subjek Organisasi dan Pentadbiran Pusat Sumber (MPT 1233) yang akan di ajar oleh Dr. Hasnah binti Mohamed. Saya tidak dapat menghadiri kuliah pada minggu pertama dan kedua kerana saya baru sahaja mendaftar pada minggu ketiga. Namun, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekuliah kerana banyak membantu memberi info apa yang harus saya lakukan untuk subjek ini.

Pertama sekali, dalam subjek ini setiap pelajar harus membuat satu blog peribadi untuk memasukkan segala info yang telah dipelajari ke dalam blog tersebut. Blog ini akan dikira 5 peratus dalam markah akhir. 

Saya berharap, saya dapat menyiapkan tugasan blog ini dengan baik. Sekian.

No comments:

Post a Comment