ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PUSAT SUMBER
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14 di semester ini. Alhamdulillah, pada minggu ini kami diminta untuk membentangankan tugasan e-portfolio yang merangkumi semua aspek yang ada di dalam kuliah sepanjang 13 minggu ini.
Apa yang telah saya pelajari sepanjang semester ini dalam Organisasi dan Pentadbiran Pusat Sumber?
Seikhlas dari hati, ini adalah subjek paling saya suka pada semester ini. Berlainan dengan subjek yang lain, subjek ini lebih bersifat santai serta diajar oleh Dr. Hasnah yang merupakan seorang pensyarah yang banyak memberi kekuatan kepada saya dalam meneruskan perjalanan semester ini.
Pada mulanya, saya merasakan subjek ini agak membosankan kerana hanya tertumpu kepada Pusat sumber sahaja. Namun, setelah beberapa minggu saya belajar, barulah saya sedar bahawa pengurusan pusat sumber bukanlah semudah yang kita sangkakan. Ianya melibatkan orang luar sebagai pengguna. Bukan mudah untuk menguruskan pusat sumber kerana kita memerlukan pusat sumber yang menarik dari segi persekitaran,buku yang terkini serta aktiviti-aktiviti bagi menarik pengguna datang ke pusat sumber kita.
Banyak teori-teori yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan pusat sumber ini, antaranya teori
pengurusan, teori kepimpinan serta beberapa teori yang lain. Teori ini perlu diambilberat kerana pemilihan teori akan memberi kesan kepada sesebuah pusat sumber itu.
Dari segi pengurusan pula, banyak perkara yang perlu di fikirkan. Antaranya dari segi merancang, pengurusan kewangan, pengurusan bahan bacaan (membeli, merekod, memulihara dan lain-lain) serta banyak lagi.
Bagi mengukuhkan lagi Pusat Sumber, pengurus haruslah menyediakan kursus-kursus yang sesuai kepada kakitangan agar mereka mahir dalam melaksanakan tugasan. Semua ini bukanlah satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi kepada pusat sumber yang baru sahaja di tubuhkan.
Sekian sahaja refleksi dari saya. Semoga ilmu yang saya dapati dari subjek ini dapat saya aplikasikan kepada pembangunan pusat sumber di sekolah yang bakal saya diletakkan. terima kasih.