Sunday, 22 December 2013

Persiapan Untuk Pembentangan : Jenis-jenis Teori Pengurusan

Pada 11 Oktober 2013, kelas telah dibatalkan. Pada minggu ini saya telah mencari beberapa info mengenai Jenis-jenis Teori Pengurusan.

          Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan sahaja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab semua yang ada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ". Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:
  • Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya
  • Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
  • Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.
  • Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta
  • Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan melaksanakan strategi.


Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. Misalnya, pengurus atasan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam perancangan jangka panjang, perhubungan awam, membuat dasar serta menganalisis perkara-perkara yang berlaku di persekitaran luaran. Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. 
Pada minggu hadapan, saya akan menerangkan beberapa teori pengurusan antaranya :
  1. Pengurusan Saintifik
  2. Pengurusan Abraham H. Maslow
  3. Teori X, Y dan Z
  4. Organisasi Jepun
  5. Organisasi Amerika
  6. Hawthorne Effect
  7. Herzberge's
  8. McClelland's

No comments:

Post a Comment