HENRI FAYOL
HENRI FAYOL (Prinsip & Fungsi Pengurusan)
Henri Fayol (1841-1925)
telah diberi gelaran "Bapa Pemikiran Pengurusan".
Pertama, Fayol telah membezakan antara kemahiran teknikal dengan
kemahiran pengurusan. Keduanya, beliau telah mengenal pasti fungsi-fungsi
pengurusan yang khusus dan ketiganya, beliau telah mencadangkan empat belas
prinsip pengurusan.
KEMAHIRAN TEKNIK DAN
KEMAHIRAN PENGURUSAN
Fayol membahagikan pengurusan kepada enam kumpulan:
- Teknik: Pengeluaran dan pembuatan.
- Komersial: Pembelian, jualan dan pertukaran (pemasaran).
- Kewangan: Penggunaan modal dengan optimum.
- Keselamatan: Melindungi harta dan manusia.
- Perakaunan: Kos, kunci kira-kira, statistik, mengira stok.
- Mengurus: Perancangan, penyusunan, pengarahan, penyelarasan, dan kawalan.
FUNGSI-FUNGSI
PENGURUSAN
Fayol menghuraikan dengan lebih lanjut lagi tentang fungsi-fungsi
pengurusan yang mengandungi perancangan, penyusunan, pengarahan, penyelarasan,
dan pengawalan.
a)
Perancangan :
Perancangan meliputi
aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan tindakan yang akan diambil pada masa
hadapan dan penentuan arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan
mencapai matlamat-matlamatnya.
b)
Penyusunan :
Fungsi ini berhubung
dengan pembentukan struktur autoriti, tanggung-jawab dan tugas-tugas.
c)
Pengarahan :
Aktiviti ini berkaitan
dengan pengarahan kakitangan bawahan, aspek-aspek komunikasi, perlakuan
pengurusan, pemberian ganjaran dan penghukuman.
d)
Penyelarasan :
Fungsi penyelarasan
berkaitan dengan aktiviti mengabungkan bahagian-bahagian untuk mewujudkan
kerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
e)
Pengawalan :
Pengawalan ke atas
perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak terpesong atau lari
daripada dasar dan perancangan organisasi. Fungsi pengawalan ini juga meliputi
penilaian pencapaian bahagian-bahagian dan organisasi keseluruhannya.
PRINSIP-PRINSIP
PENGURUSAN
Fayol telah mencadangkan empat belas prinsip pengurusan yang dapat
memberikan panduan kepada pengurus-pengurus tentang pengurusan sesebuah
organisasi, tidak kira sama ada organisasi perindustrian, sosial, keagamaan,
pertahanan atau kerajaan. Empat belas prinsip pengurusan yang dikemukakan oleh
Fayol adalah:
a)
Pembahagian kerja : Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja
menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan
tanggungjawab pekerja.
b)
Autoriti : Fayol
mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk
menarik seseorang supaya menurut arahan itu.
c)
Disiplin : Asas disiplin
ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan yang telah
dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.
d)
Satu perintah : Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan
daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
kekeliruan dan konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.
e)
Satu arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di
dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.
f)
Mengutamakan kepentingan organisasi : Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan
peribadi atau individu. Objektif- objektif organisasi adalah paling penting
daripada objektif individu.
g)
Pembayaran upah :
Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama, sokongan
dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar
dengan perkhidmatan mereka.
h)
Pemusatan : Walaupun
pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan bawahan
hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan efektif.
i)
Rantai pemerintahan :
Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat
atasan hingga ke peringkat bawahan di
dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.
j)
Susunan : Fayol
menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana material dan
manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang
tepat.
k)
Keseimbangan : Pekerja
hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan
mereka kepada organisasi.
l)
Kestabilan peribadi :Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak
pengurusan atasan hendaklah melaksanakan amalan yang menggalakkan penglibatan
kakitangan kepada organisasi.
m)
Inisiatif : Kakitangan
hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan melaksanakan tugasan.
n)
Kekitaan : Keharmonian di
kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi.
No comments:
Post a Comment