Sunday, 22 December 2013

Kepimpinan

KEPIMPINAN

Kepimpinan didefinisikan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian objektif organisasi. Pemimpin (Leader) adalah orang yang mempengaruhi individu dan kumpulan di dalam organisasi, membantu mereka menetapkan matlamat, beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagai hasilnya dapat menjadikan mereka menjadi lebih efektif.

Mengikut Gregory P.Smith “… a leader is a person who inspires people to take a journey to a destination they wouldn’t go to by themselves…” .

Matlamat kepimpinan adalah untuk meningkatkan prestasi pekerja , meningkatkan kualiti,menambah output yang juga mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalangan orang bawahan. Pemimpin bukan hanya sekadar mencari kegagalan tetapi menyelesaikan dan mencari punca kegagalan untuk membantu orang bawahannya melakukan yang lebih baik. Seseorang pemimpin juga ialah seorang yang mampu menghasilkan suatu perubahan atau transformasi pada mereka yang dipimpinnya,dirinya sendiri dan organisasinya ke arah tujuan yang ditetapkan bersama.

4 ASAS GAYA KEPIMPINAN

1. AUTOKRATIK

  • Kepimpinan Autokratik
  • Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas.
  • Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal.
  • Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,   mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
Gaya kepimpinan autokratik selalu dipanjang buruk kerana agak menggunakan kekerasan, namun
kadang kala perlu digunakan ketika masa dan situasi berikut.

  • Apabila melibatkan pekerja baru atau tidak terlatih yang tidak tahu tugasnya atau prosidur mana perlu diikuti
  • Jika pemantauan dan penyeliaan berkesan hanya dapat dilakukan melalui arahan dan perintah yang teliti dan lengkap.
  • Pekerja tidak lagi memberi tindak balas terhadap gaya kepimpinan yang lain.
  • Masa yang terhad bagi membuat sesuatu keputusan.
  • Kuasa pemimpin atau ketua dicabar oleh pekerja.
  • Apabila melibatkan kerja yang perlu dilakukan dengan jabatan dan organisasi yang lain.

Begitupun pendekatan kepimpinan autokratik tidak sesuai dugunakan pada masa dan situasi berikut:

  • Apabila pekerja berasa stress/tekanan,ketakutan dan diancam.
  • Ketika pekerja mahukan suara dan pandangan mereka didengar.
  • Pekerja yang bergantung kepada pengurus bagi membuat semua keputusan.
  • Moral pekerja rendah,banyak berlaku turn over atau ramai pekerja berhenti,masalah ketidakhadiran,dan kerja yang sering bertangguh dan terhenti.

2.       DEMOKRATIK

•Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya.
•Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Gaya kepimpinan demokratik memberi banyak faedah jika digunakan pada masa dan situasi berikut;


  • Pengurus mahu semua pekerja tahu dan mendapat maklumat terhadap apa-apa perkara yang memberikan kesan kepada mereka.
  • Membenarkan pekerja berkongsi didalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian.
  • Juga sesuai digunakan bagi memberi peluang kepada pekerja untuk membangun dan meningkatkan pembangunan personaliti dan kepuasan kerja.
  • Masalah yang besar dan komplek yang memerlukan banyak input untuk menyelesaikannya.
  • Perubahan yang perlu atau penyelesaian masalah yang boleh memberi kesan kepada pekerja.
  • Bagi menggalakkan kerja berpasukan dan penglibatan bersama.

Gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan apabila;


  • Tiada masa/masa terhad bagi mendapatkan input semua orang.
  • Jika pengurus mendapati dengan melakukannya sendiri lebih mudah dan kos efektif.
  • Jika kesilapan tidak dapat diterima atau diberi kelonggaran.
  • Apabila pengurus merasa terancam jika menggunakan gaya kepimpinan ini.
  • Apabila melibatkan keselamatan pekerja.

3.       BIROKRATIK


  •      Pengurusan dijalankan mengikut ”buku”,undang-undang dan peraturan.
  •      Semua kerja dilakukan mengikut prosidur dan polisi.
  •     Jika tidak terdapat didalam prosidur atau peraturan pihak pengurusan atasan dirujuk bagi membuat keputusan.
  •       Lebih mirip kepada pegawai polis berbanding dengan seorang pemimpin.
  •       Bersungguh-sungguh melaksanakan kehendak peraturan dan undang-undang.

Gaya kepimpinan birokratik paling berkesan digunakan ketika;


  •  Pekerja melakukan kerja rutin yang berulangan.
  •  Pekerja perlu memahami standard dan prosidur tertentu.
  •  Apabila melakukan latihan keselamatan dan sekuriti.
  •  Pekerja yang terlibat dengan pengendalian wang tunai atau kewangan.

Apabila berlaku ketika dan situasi seperti dibawah gaya jenis ini tidak dapat digunakan denga lebih berkesan lagi ,oleh itu penggunaannya perlulah dielakkan.


  • Habit atau budaya kerja yang sukar diubah,jika diubah pun tidak banyak faedahnya.
  • Pekerja hilang minat terhadap kerja dan terhadap rakan sekerja.
  • Pekerja hanya melakukan kerja setakat diminta,tidak lebih daripada itu.
LAISSEZ-FAIRE

  •    Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire biasanya mempunyai orang bawahannya yang mahir dalam melaksanakan tugasan
  •     Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.

Ianya sesuai digunakan ketika dan situasi berikut;
·Pekerja berkemahiran tinggi,berpengalaman dan berpendidikan tinggi.
·Pekerja bangga dan yakin dengan kerja mereka dan berusaha untuk menjayakannya.
·Kepakaran luar,seperti konsultan dan pekerja pakar.
·Pekerja yang jujur,berpengalaman dan boleh dipercayai.

Penggunaan gaya kepimpinan Laissez-faire perlu dielakkan ketika;
·Pekerja merasa kurang selamat dengan ketiadaan pengurus.
·Pengurus tidak berkemampuan memberi feedback kepada pekerja secara berkala tentang prestasi mereka.
·Pengurus tiada kuasa dan kemampuan untuk menghargai pekerja diatas prestasi baik mereka.
·Pengurus tidak memahami peranan pekerja dan berharap pekerja akan membantu beliau menanganinya.

APAKAH GAYA KEPIMPINAN YANG TERBAIK YANG BOLEH DIPILIH?

Sebenarnya banyak gaya kepimpinan yang boleh dipilih.Selalunya gaya kepimpinan berlainan digunakan pada situasi yang berlainan dan setiap pemimpin perlu tahu bilakah masa dan situasi yang sesuai untuk kita mengunakan pendekatan kepimpinan tertentu kerana setiap gaya kepimpinan mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.
·       
              GAYA KEPIMPINAN YANG LAIN
  • ·         TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP
  • ·         TRANSACTIONAL LEADERSHIP
  • ·         CREATIVE LEADERSHIP
  • ·         CORRECTIVE LEADERSHIP
  • ·         CHANGE LEADERSHIP    
  • ·         INTELLIGENCE LEADERSHIP
  • ·         MULTICULCURAL LEADERSHIP
  • ·         PEDAGOGICAL LEADERSHIP
  • ·         SERVANT LEADERSHIP
  • ·         BRIDGING LEADERSHIP
  • ·         PURPOSEFUL LEADERSHIP


MEMPELBAGAIKAN GAYA KEPIMPINAN.
Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi pemilihan dan kesesuaian gaya kepimpinan iaitu;
·         1)   Latar belakang peribadi pengurus; Apa personaliti pengurus,pengetahuan,nilai,etika,dan pengalaman yang telah ditempuhi oleh pengurus tersebut,Apakah yang beliau fikirkan tentang kerjayanya?
2)    Pekerja yang dipantau ; Setiap pekerja mempunyai personaliti dan latar belakang berlainan,gaya kepimpinan yang digunakan adalah bergantung kepada individu dan kepimpinan mana yang memberi respon yang terbaik.
·       3)    Organisasi ; Tradisi,nilai,falsafah,dan apa yang ditekankan oleh organisasi akan mempengaruhi bagaimana pengurus bertindak.

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment